Tuesday, 24 January 2017

Cara Dan Kesan Tindak Balas Maajun Anggun Bistari Tablet (MABT).

Entri #124: Cara Dan Kesan Tindak Balas Maajun Anggun Bistari Tablet (MABT).
Teks oleh: Rujukan http://mab.zaipermairesources.com/produk-mab/simptom-tindak-balas/
Foto oleh: Google


CARA TINDAK BALAS MAAJUN ANGGUN BISTARI TABLET (MABT)

Fasa awal makan MABT, ia bertindak merawat penyakit terlebih dulu. Contohnya mencairkan darah period / nifas lama yang tak keluar habis. Darah ini biasanya berwarna hitam/coklat. Banyaknya darah yang keluar bergantung kepada tahap kesihatan masing-masing. Pada fasa ini, period tak menentu dan berubah dari jadual.

Fasa seterusnya ialah keserasian dengan MABT. Period kembali normal, maksudnya habis saja 21 biji, besoknya period akan datang. Selain darah kotor, lemak / kolesterol / toksin dalam badan akan keluar dari badan. Pada fasa ini, akan kerap membuang air besar dan kentut.



KESAN TINDAK BALAS MAAJUN ANGGUN BISTARI TABLET (MABT)

Tindak balas awal setiap orang berbeza. Ada yang langsung tak mengalami sebarang symptom / kesan. Ada yang mengalami kesan seperti di bawah yang bersifat sementara. Biasanya mengambil masa antara 1 hingga 6 bulan bergantung kepada badan masing-masing.

1) Period lintang pukang
- mungkin berlanjutan lebih 7 hari.
-ada kes yang period datang 4 hari, kemudian berhenti 2 hari, kemudian datang semula.

2) Rasa mengantuk
- selalunya dirasai pada orang yang ambil pagi.
- orang yang ambil malam biasanya tak perasan sebab malam kan waktu tidur zzzz.

3) Kerap kencing / buang air besar / kentut

4) Pening kepala
- sebab kita bawa masuk tambahan bahan ke dalam badan jadi perlu minum banyak air putih.

5) Payu dara rasa berdenyut

- salah satu fungsi MABT kan mencantikkan payudara.


BAGAIMANA NAK ORDER MAB TABLET / MAB KKM?
wasap Umi 019-9353481. 
Kecil murah berbisa menakjubkan.


Monday, 23 January 2017

Khasiat Maajun Anggun Bistari Tablet (MABT).

Entri #123: Khasiat Maajun Anggun Bistari Tablet (MABT).
Teks oleh: Rujukan http://mab.zaipermairesources.com/produk-mab/kesan-amalan/
Foto oleh: Google


Ok, jom tengok dengan 7 herba khusus untuk wanita, apa yang kita dapat dari MABT.


KHASIAT MAAJUN ANGGUN BISTARI TABLET (MABT)


1. Sebagai perancang keluarga bagi yang ingin menjarakkan kehamilan.

Dari segi saintifiknya bagaimana MABT boleh bertindak sebagai family planning:

a) Bila kita makan MABT, ia akan meningkatkan suhu badan dalam tempoh 24 jam. Suhu ini akan membentuk satu keadaan pada rahim yakni tempat pertemuan benih lelaki dan perempuan. Pada suhu ini, benih lelaki dan perempuan tak aktif untuk bercantum membentuk janin (persenyawaan). Bermakna peluang mengandung kosong pada suhu ini.

b) Dari ilmu kajian biologi, benih (ovum) yang dihasilkan cuma ada hayat antara 12 hingga 24 jam sahaja. Jika benih tak dapat bersenyawa dalam tempoh 24 jam, ia akan mati sendiri.

c) Kaitkan dengan maklumat di atas, sebab itulah MABT dibuat berfungsi setakat 24 jam sahaja. Tujuannya supaya menyamai umur benih. Dalam keadaan rahim yang sedikit panas dan tak selesa, ia tak berupaya bergabung dengan sperma. Maka selepas tempoh 24 jam, ia mati sendiri. Pada hujung bulan, ia akan keluar melalui period. Namun jikalau dalam tempoh 24 jam ia berjaya bergabung dengan sperma, maka persenyawaan terjadi, membentuk janin, mengandunglah jawabnya.

Sebab inilah MABT mesti makan ikut aturan masa yang betul. Lebih kurang 2 jam (+-) dikira selamat. Jika tak ikut disiplin aturan makan ni, selepas 24 jam suhu badan kembali normal, benih kembali aktif, rahim kembali selesa, persenyawaan boleh berlaku. Maka termengandunglah orang yang makan main-main / lupa / tak disiplin.

d) Satu biji itulah dos yang betul untuk membuat suhu yang tepat. Jika lebih dos akan berisiko lain pula kecuali kes lupa makan. Boleh faham kan konsep family planning cara MABT? Tak ada bahan kimia, hanya ramuan rempah ratus dan herba sahaja sudah memadai.

2. Merawat masalah dalaman wanita seperti keputihan, kegatalan dan bau yang tak menyenangkan.

3. Dapat merapatkan faraj bagi wanita selepas bersalin.

4. Dapat memontokkan dan memejalkan kembali otot payudara.

5. Dapat menghangatkan dan mengeratkan hubungan suami isteri.

6. Dapat menghangatkan badan terutama bagi wanita selepas bersalin.

7. Melancarkan peredaran haid setiap bulan.

8. Membuang darah-darah kotor dan toksin dalam badan.

9. Menyihatkan badan di samping menambah tenaga sepanjang hari.

10. Dapat mencantikkan kulit, naik seri dan awet muda selepas pengeluaran toksin dalam badan.

11. Mempertingkatkan kembali imunisasi ketahanan badan, di mana badan menjadi sihat, segar dan kuat tiada lagi masalah tak bermaya, tak larat, letih lesu.

12. Melegakan perut kembung dan masalah angin dalam badan.

13. Melawaskan pembuangan air besar.

14. Mengawal selera makan dan menurunkan berat badan.

15. Mengurangkan kesakitan ketika haid (senggugut).

16. Mengurangkan risiko penyakit kanser kerana ramuan MAB ialah herba tradisional tiada penggunaan steroid atau merkuri.

17. Dapat melangsingkan badan bagi yang mengamalkan diet.

18. Menambahkan air susu ibu kerana adanya habbatussauda melancarkan susu ibu.

19. Membantu melambatkan proses menopaus.

20. Ikhtiar zuriat atau mendapatkan anak.

Biasanya orang yang mempunyai masalah period/senggugut sukar mengandung. Berkemungkinan mempunyai masalah dalaman pada peranakan seperti terdapatnya blocking, period tak habis keluar, keputihan. Keadaan ini menghalang perjalanan sperma untuk bercantum dengan ovum. MABT mengeluarkan blocking tersebut supaya proses pertemuan lancar.

21. Untuk warga emas / wanita berumur 50an ke atas. 

Ia tak dapat mengembalikan haid cuma lain-lain khasiat seperti bertenaga, melancarkan peredaran darah, lawas, menghilangkan kebas-kebas dan sebagainya.


BAGAIMANA NAK DAPATKAN MAB TABLET? Atau digelar MAB KKM.
wasap Umi 019-9353481. 
Kecil murah berbisa menakjubkan.




Sunday, 22 January 2017

Khasiat umum setiap ramuan Maajun Anggun Bistari Tablet (MABT).

Entri #122: Khasiat umum setiap ramuan Maajun Anggun Bistari Tablet (MABT).
Teks oleh: Umi arbee ali
Gambar oleh: Google


KHASIAT UMUM SETIAP RAMUAN MAAJUN ANGGUN BISTARI TABLET (MABT).

1. Ekstrak manjakani
- mengecutkan dan mengetatkan rahim dan peranakan wanita
-membaiki system peredaran haid
- menyembuhkan luka-luka dalaman selepas bersalin
- membersihkan darah kotor
- mengatasi keputihan
- bertindak sebagai astringen yang berkesan dalam memperbaiki tisu faraj
- melicinkan dan memelihara kulit

2. Ekstrak senduduk
- mempunyai nilai perubatan yang tinggi
- mengubati penyakit keputihan
- mengubati batuk yang lama

3. Ekstrak kacip Fatimah
- atasi senggugut
- lancarkan darah haid
- atasi keputihan
- pulihkan sindrom tekanan/pre-menstrual syndrome sebelum haid
- naikkan seri wajah
- pulihkan saluran peranakan
- atasi buasir

4. Ekstrak serapat
- memperbaiki dan menegang tisu faraj
- membantu menegang payudara
- menegang dan mencantikkan kulit (awet muda)
- menguatkan otot dan sendi

5. Ekstrak inai
- merawat luka dalaman dan luaran (terutamanya selepas melahirkan anak atau pembedahan)
- menhentikan pendarahan
- menaikkan seri muka

6. Ekstrak habbatussauda’
- menguatkan system kekebalan badan
- meningkatkan daya ingatan dan konsentrasi
- meneutralkan racun dalam badan
- mengatasi gangguan tidur dan stress
- membaiki saluran pencernaan
- melancarkan air susu ibu

7. Madu
- memberi tenaga segera
- menghentikan batuk dengan cepat
- membersihkan dan membuang kotoran dalam darah
- membunuh kuman dan virus dalam darah
- mengendurkan urat-urat yang tegang, tekanan dan kemurungan
- menghentikan kesakitan sendi
- baik untuk pernafasan
- membaikpulih dalaman wanita
- menghilangkan gatal-gatal pada kulit
- meningkatkan prestasi mental
- mencantik, menghalus, melembap dan mengawal keanjalan kulit

8. Gam akasia
9. Asid sitrik
10. Stevia 
11. Maltodextrin
12. Perisa grape
13. Serbuk kunyit
Ramuan 8 hingga 13 perlu untuk menjadikan MAB berbentuk tablet,menghilangkan bau, rupa dan rasa herba maajun. Maklumlah ada orang tak boleh hidu apatah lagi telan. Namun masih nak amal disebabkan khasiatnya. Maka terciptalah MAB Tablet yang boleh dikunyah dengan rasa masam manis buah anggur tanpa bau, rupa mahupun rasa jamu.

Rujukan:



Nak makan maajun tapi tak suka baunya? Cuba MAB Tablet / MAB KKM.
wasap Umi 019-9353481. 
Kecil murah berbisa menakjubkan.


Kandungan Maajun Anggun Bistari Tablet (MABT).

Entri #121: Kandungan Maajun Anggun Bistari Tablet (MABT).
Teks oleh: Umi arbee ali
Foto oleh: Google


Jom intai apa yang membuatkan MABT ni kecil tapi berbisa.

KANDUNGAN MAAJUN ANGGUN BISTARI TABLET (MABT)

1. Ekstrak manjakani
2. Ekstrak senduduk
3. Ekstrak kacip Fatimah
4. Ekstrak serapat
5. Ekstrak inai
6. Ekstrak habbatussauda’
7. Madu
8. Gam akasia
9. Asid sitrik
10. Stevia
11. Maltodextrin
12. Perisa grape
13. Serbuk inai

BAGAIMANA NAK DAPATKAN MAB TABLET? Atau digelar MAB KKM.
wasap Umi 019-9353481. 
Kecil murah berbisa menakjubkan.





Saturday, 21 January 2017

Pengenalan Maajun Anggun Bistari Tablet (MABT).

Entri #120: Pengenalan Maajun Anggun Bistari Tablet (MABT).
Teks oleh: Umi arbee ali
Foto oleh: Google


Selepas pembedahan kerana mengandung luar rahim, doktor minta kami merancang dan menjarakkan kehamilan. Sungguh saya takut mencuba pil perancang, suntikan atau IUD. Kami suami isteri sepakat merancang sendiri. Alhamdulillah hingga sekarang masih berjaya.

Niat asal saya cuba MABT ialah merancang dan dalam masa sama untuk memenuhi kemahuan batin suami lillahita'ala. Hasil yang menakjubkan membuatkan saya mahu berkongsi tablet kecil murah ni untuk semua isteri di luar sana. Nanti saya buat entri testimoni pula.



PENGENALAN MAAJUN ANGGUN BISTARI TABLET (MABT)

MABT ialah produk bumiputra berasaskan herba. Digunakan secara tradisional untuk merancang keluarga/menjarak kehamilan. Ia kaedah selamat untuk jangka masa panjang, kerana pembuatan yang halal suci, bebas bahan kimia, racun, dadah dan steroid.

MABT dihasilkan secara pengilangan dengan teknologi tinggi menggunakan kaedah extract herba. Melalui kaedah ini nutrient herba dapat diambil sepenuhnya untuk kesan maksimum. Kilang tersebut berstatus Good Manufacturing Practice (GMP), Hazard Analysis Critical Control Point (HACCP) dan HALALAN TOYYIBAN.

MABT dihasilkan sebagai alternatif kepada MAB Klasik (MABK). Ia tak mempunyai bau herba maajun sekuat MABK kerana ditambah perisa grape. Juga boleh dikunyah seperti coklat tanpa rasa herba maajun kerana telah ditabletkan.

MABT didaftarkan dengan Kementerian Kesihatan Malaysia bernombor pendaftaran KKM170616/05/120.


Selain menjarak kehamilan, ia menghadiahkan 1001 khasiat untuk kesihatan dan kecantikan wanita luaran dalaman kerana herba yang terkandung dipilih khusus untuk wanita.



Jom cuba MAB Tablet atau digelar MAB KKM.
wasap Umi 019-9353481. 
Kecil murah menakjubkan.


Sunday, 15 January 2017

Saya beriklan di Blog, Fb page dan Insta.

Entri #119: Saya beriklan di Blog, Fb page dan Insta.
Teks oleh: Umi arbee ali
Foto oleh: Umi arbee ali

Ini pengalaman sendiri beriklan di 3 tempat. Setiap pelanggan akan ditanya "macamana jumpa saya" supaya saya tahu keberkesanan setiap iklan yang diusahakan. Hashtag search digunakan di Insta. Page search di Fb. Google search boleh jumpa semuanya Insta, Fb dan Blog.

Maksimakan pemasaran guna semua medium yang ada. Setiap medium ada peminatnya sendiri. Semua pon percuma. Kita tak tahu pancing mana bakal mengena.

Kami sudah buka pendaftaran Februari dan Mac. Boleh pilih nak masuk bila. Jika daftar bulan ini berpeluang ekstra bonus.

#tipmenulisblog #belajarbuatblogbisnes #kelasonlineblog

UMI
Bangun awal pagi, update dulu semua medium.

Wednesday, 11 January 2017

Ditawarkan sebagai penceramah hasil menulis di blog.

Entri #118: Ditawarkan sebagai penceramah hasil menulis di blog.
Teks oleh: Umi arbee ali
Foto oleh: Puan hamidah burham

Kalini nak cerita tentang Puan Hamidah Burham, seorang pembekal batik sarawak. Juga menjahit dan mereka fesyen menggunakan batik sarawak yang dijualnya.

Seorang alumni Abdr yang belajar memasarkan produknya menggunakan blog. Sangat konsisten dan jelas arah tuju blog dari awal berkenaan jahitan dan batik sarawak. Boleh lihat di sini http://puanhamidahburham.blogspot.my

Hasil penulisan blog, beliau dapat tawaran menjadi penceramah dalam satu program di Unimas berkenaan jahitan manik. Gembira kan?

Itulah pentingnya rangka arah tuju blog kita dari awal pembinaannya. Kemudian tulis dan tulis dan tulis mengikut arah tuju itu. Akan ada pembaca, pembeli atau prospek yang datang kepada kita.

#belajarblogbisnes #kelasonlineblog

Umi
1 usahawan 1 blog.

Monday, 9 January 2017

Daftar Kelas Blog Bisnes Januari.

Entri #: Kelas Blog Bisnes Januari.
Teks dan foto oleh: Abdr


Pendaftaran KELAS BLOG BISNES (kelas bermula 10 - 30 Januari)




Belajar menghasilkan sebuah BLOG BISNES:

- Belajar langkah demi langkah cara membina blog yang betul dan berpengaruh, lengkap dengan borang tempahan, terma syarat belian, cara memasukkan FB, FANPAGES, cara masukkan gambar, gadget di blog.
- Belajar menghasilkan sebuah blog yang mudah dijejak pelanggan di carian google.
- Jadikan blog sebagai medium pemasaran online.
- Tidak perlu sewa tapak kedai yang mahal.
- Tidak perlu keluarkan wang upah pekerja.
- Kedai dibuka setiap hari (24/7).

Khas untuk semua, yang jauh yang dekat, Jom sertai kami                                                                                                                      
Tarikh : Flexible (Bermula sejurus pembayaran dibuat)

Masa : Flexible (Bermula sejurus pembayaran dibuat)

Yuran : RM250    
                                                                                                                                   
Tempat : Kelas secara online dalam GROUP FB


Pelajar akan menerima 6 ebook bonus:

1. Ebook Asas Blog (wajib baca sekali sebelum mula kelas)
2. Ebook Mula Bisnes Butik
3. Ebook Super Wahm Supermom
4. Ebook 101 Idea Home Based Bisnes
5. Ebook 10 Langkah Mudah Bina Kedai Online
6. Ebook Yeay Mama Sudah Resign

Semua untuk bacaan dan motivasi kecuali ebook Blog sebagai ebook rujukan di kelas.

Untuk daftar, jom whatspp 0199353481 (Umi)

Ada lagi bonus !!! PENDAFTARAN JANUARI Bonus 6ebook + 1

Tuesday, 3 January 2017

Ebook Bekerja Di Rumah Dengan Apa Yang Kita Ada - Tahun Baru 2017

Entri #116: Ebook Bekerja Di Rumah Dengan Apa Yang Kita Ada - Tahun Baru 2017
Foto oleh: Abdr


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...