Friday, 14 April 2017

Blog kisah kehidupan.

Entri #134: Blog kisah kehidupan.
Teks oleh: Umi arbee ali
Foto oleh: Abdr


Contoh hasil blog pelajar kelas blog penulisan. Berkenalan dengan penulis Puan Azni Aziz. Link blog http://azniaziz.blogspot.my Fokus blog ialah kisah dan kehidupan penulis yang gemar membaca, menulis dan melancong.

Kelas asas blog penulisan sangat sesuai untuk yang gemar menulis, memuntahkan idea pendapat atau bercerita. Kami bantu kenalpasti minat dan kemahiran setiap pelajar. Dari situ bina fokus blog dan kembangkan melalui penggunaan label. Semua sudah dirangka seterusnya kayuh menulis terus disiplin.

Bagaimana disiplin menulis?
1. Letak tarikh akhir yang jelas. Contoh 44 entri iaitu 2 entri sehari.
2. Tulis pada waktu sama setiap hari, selepas solat 5 hingga 10 minit menulis laju.
3. Wajib bawa buku nota. Jadikan ia sebagai bank idea.
4. Saring ia mengikut 5 label utama blog.
5. Boleh pindahkan serentak dan sambung lagi secara konsisten.
6. Bahan di blog boleh dijadikan sebagai idea status di facebook.
7. Status di facebook juga boleh dipindah dan dikembangkan sebagai entri.
8. Jadikan rutin menulis sebagai serampang 5 mata. Kita buat kerja serentak tanpa menganggu rutin yang lain.
(Nota Puan Masayu Ahmad, pengasas Abdr juga penulis tetap Majalah Mingguan Wanita)




Umi arbee ali
Suka masak. Disiplin kongsi resepi.

Kelebihan bisnes servis dan produk digital dari rumah.

Entri #133: Kelebihan bisnes servis dan produk digital dari rumah.
Teks oleh: Umi Arbee Ali
Foto oleh: Abdr

Satu hal yang sangat saya bersyukur menjana pendapatan dengan servis dan produk digital ialah kebolehan melakukan kerja dari mana-mana sahaja bila-bila masa.

Bermakna tak ada isu stok: perlukan duit modal stok, mengurus dan menyusun timbunan stok, aktiviti membalut barang dengan bubble wrap, menulis slip pos dan seterusnya urusan pos pula. Kemudian, berdebar menunggu barang sampai ke tangan penerima berkeadaan elok selamat. Itu belum lagi fikir pusing modal stok, stok rejek, stok expired. Atau sedang seronok bercuti di kampung, tiba-tiba ada order sedangkan barang nun jauh di rumah. Pening fikir cara memujuk pelanggan ;)

Apa yang saya buat saban hari hanya fokus pada tiga produk. Tawarkan kelas membina dan menulis blog, menjual ebook genre bekerja di rumah, dan promosikan iklan apa jua bisnes dan iklan homestay.

Saya hanya guna smartphone jenama Vivo harganya tak sampai seribu ringgit (tak pernah dengar ya. ;). Muat turun aplikasi bloggeroid, gtask, gdrive, gdocuments. Semua ebook dan bahan promosi simpan di sini.

Sebab itulah saya selalu ulang cakap bisnes ini boleh kerja dari mana-mana sahaja bila-bila masa. Tidak lelah uruskan produk fizikal. Sangat sesuai untuk ibu-ibu yang perlu ikut suami berpindah kerja. Ibu yang mahu income dari rumah. Ibu yang jadualnya padat dengan urusan keluarga namun mahu duit poket. Atau mahu bisnes dengan modal minima.

Syaratnya ada internet, gajet, niat dan usaha berterusan.

Umi arbee ali.
Umi yang bahagia bekerja dari mana-mana sahaja dengan busuk masam anak-anak.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...