Friday, 14 April 2017

Kelebihan bisnes servis dan produk digital dari rumah.

Entri #133: Kelebihan bisnes servis dan produk digital dari rumah.
Teks oleh: Umi Arbee Ali
Foto oleh: Abdr

Satu hal yang sangat saya bersyukur menjana pendapatan dengan servis dan produk digital ialah kebolehan melakukan kerja dari mana-mana sahaja bila-bila masa.

Bermakna tak ada isu stok: perlukan duit modal stok, mengurus dan menyusun timbunan stok, aktiviti membalut barang dengan bubble wrap, menulis slip pos dan seterusnya urusan pos pula. Kemudian, berdebar menunggu barang sampai ke tangan penerima berkeadaan elok selamat. Itu belum lagi fikir pusing modal stok, stok rejek, stok expired. Atau sedang seronok bercuti di kampung, tiba-tiba ada order sedangkan barang nun jauh di rumah. Pening fikir cara memujuk pelanggan ;)

Apa yang saya buat saban hari hanya fokus pada tiga produk. Tawarkan kelas membina dan menulis blog, menjual ebook genre bekerja di rumah, dan promosikan iklan apa jua bisnes dan iklan homestay.

Saya hanya guna smartphone jenama Vivo harganya tak sampai seribu ringgit (tak pernah dengar ya. ;). Muat turun aplikasi bloggeroid, gtask, gdrive, gdocuments. Semua ebook dan bahan promosi simpan di sini.

Sebab itulah saya selalu ulang cakap bisnes ini boleh kerja dari mana-mana sahaja bila-bila masa. Tidak lelah uruskan produk fizikal. Sangat sesuai untuk ibu-ibu yang perlu ikut suami berpindah kerja. Ibu yang mahu income dari rumah. Ibu yang jadualnya padat dengan urusan keluarga namun mahu duit poket. Atau mahu bisnes dengan modal minima.

Syaratnya ada internet, gajet, niat dan usaha berterusan.

Umi arbee ali.
Umi yang bahagia bekerja dari mana-mana sahaja dengan busuk masam anak-anak.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...